Monday, November 19, 2012

Impian pejuang berani mati Palestin..

BRIGED Al-Qassam cuma menerima pemuda berusia 30 tahun ke bawah sebagai ahli.

JIKA Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.
Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.
Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.
Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.
Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.
"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.
Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.
Peraturan
"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.
Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.
"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.
"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.
Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.
"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.
Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.
Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).
PEMUDA Al-Qassam melakukan sujud syukur setiap kali pulang daripada bertempur dengan tentera Israel.
Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.
Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.
Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.
Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.
Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."
Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.
Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri - 'Mengapakah saya tidak syahid?'
Sumber: Akhbar Kosmo!
Penulis: RAZLAN RASHID



Monday, September 24, 2012

Perbarisan Tauliah Masuk Padang!!!!!!

“korang selalu pagi-pagi kawad kan?”

“korang mesti ada latihan kawad tiap-tiap harikan?

Dua soalan yang selalu saja di kemukakan oleh kebanyakkan kawan-kawan awam kepada kita selaku seorang soldadu. Yang menjadi persoalan sekarang, kenapa mesti KAWAD!!!!!!!..dalam fikiran mereka mesti KAWAD,KAWAD dan KAWAD. Kalau askar je mesti kawad. 

Kawad sudah menjadi satu perkara yang sinonim dengan tentera, tapi ramai diantara kita yang terlepas pandang berkaitan dengan kawad. Di sebelah pihak kita pula, kawad itu adalah sesuatu yang membosankan. Cuba kita renung kembali semasa tahun-tahun awal kita sebagai pegawai kadet. Bila masuk UPNM sahaja kita akan di sajikan dengan latihan kawad. Mengapa???????

Kawad adalah satu latihan untuk mengubah seseorang daripada seorang civilian kepada seorang askar. Pernah tak kita terfikir kenapa latihan tu menjadi subjek utama semasa kita mula-mula masuk askar???? kalau dalam rekrut pun , latihan yang sama akan diberikan.Di dalam latihan kawad, secara kita tidak sedar, ia mengajar kita apakah itu makna disiplin, apakah makna co-operation, melatih kita menjadi seorang pemimpin dan juga melatih kita sebagai seorang yang mengikut arahan. Kita ambil contoh yang pertama, DISIPLIN. 

Melalui latihan kawad, disiplin dapat di bentuk. Disiplin yang pertama adalah pakaian. Kasut mesti mahu kena kilat, bak kata orang, kalau kereta BMW tu lawa tapi tayar tak pergi cuci, memang nampak macam haram . Sama juga dengan tentera, kalau baju dah kemas tapi kasut tarak kilat,memang nampak tak smart. Baju lak mesti nak kena iron, lengan tu kalau nak sharp mesti leh luka punya kalau kena jari. Macam tu la perumpaan jurulatih dan juga senior kita masa tahun asas dulu. Aksesori lak kena setting betul-betul. Salah skit je, tak kena star jump, maybe kena push up. So dari situ disiplin pemakaian kita telah di bentuk. 



Kalau cerita pasal co-operation lak tak payah nak cakap la. Asal hentak kaki tak sama je, mula lah dengar ceramah dari jurulatih. Dalam masa yang sama juga, masa jalan mesti nak kena hanyun tangan tu,hentak kaki mesti mau paras. Kalau boleh diorang(jurulatih) nak kita angkat kaki sampai ke dada. Tangan tu 90 darjah kehadapan dan kebelakang. Tumit lak nk kena pacak. kalau seret-seret sakit gak telinga mendengar. Kalau jalan lak nak kena dressing ke kanan. Mesti nampak lurus. Semua tu akan dilakukan dalam keadaan yang terpaksa. Tak sama je,ulang balik. Tak sama je kena dengar diorang membebel. Tapi kalau kita tengok secara positif, hanya dengan cara tu je nak membentuk co-operation diantara kita. Mesti dalam keadaan tertekan dan hukuman. Lagi-lagi kalau tengah panas terik,,Pergghhhh mendidih otak berjemur tengah panas tu. Nak lap peluh pun curi-curi je hehehe.

Satu perkara yang kita mesti tahu berkaitan dengan latihan kawad. Sebenarnya latihan kawad ni membentuk Leadership. Hanya dengan cara ini kepimpinan boleh dibentuk. Contohnya, kalau kita jadi incharge dalam satu-satu kumpulan. Kita akan di ajar untuk memberi command dalam suara yang lantang. Kalau suara slow je memang makan pelempang la dengan jurulatih. Kat sini sebenarnya, mengajar kita untuk menjadi seorang yang confidence untuk memberi arahan. Kepada sesiapa yang takde keyakinan diri untuk bercakap kat depan, rajin-rajin la untuk menjadi incharge. Yang machaee-machaee dalam baris lak, nak tak nak ,kena ikut je arahan. Orang bagi baris sedia, diorang kena sedia. IC bagi ke kanan lurus, diorang ke kanan lurus. Begitu juga kalau kena hentak kaki dan sebagainya. Kawad ni secara tak sedar banyak mengajar kita untuk menjadi seorang askar. That is why, dak-dak civilian ni fikir, kalau askar je mesti kawad, padahal takde pun kita hari-hari training. Even tak hari-hari training pun, tapi setiap hari kita akan berhadapan dengan kawad. Kalau baris pagi tu ada kaitan dengan kawad. Nak berjalan dalam kumpulan pun nak kena berkawad. Senang kata memang akan berkawad la tiap-tiap hari.hehehe


Tapi sebenarnya ada sesuatu yang manis berkaitan dengan kawad…kalau kita dilahirkan dalam tentera dengan latihan kawad, begitu juga kalau kita nak tamat. Even kalau Panglima-panglima nak pencen pun akan ada orang kawad untuk dia. Tapi apa yang nak saya katakana disini lebih kepada kita sebagai seorang kadet. Selama 4 atau 5 tahun kita bergelumang dengan kehidupan kita menjadi seorang kadet. Bermula dari latihan keyakinan diri di pulpak(walaupun saya tak pergi huhuhu), latihan pra CIW dan final CIW,seterusnya latihan pra CW dan final CIW.. dan kepada navy people yang training kat KDSI dan juga turut terlibat dengan final CW, Akhirnya kita semua akan bersama-sama dalam PERBARISAN PENTAULIAHAN untuk melayakkan kita menjadi seorang pegawai tentera. Kalau di ingat kembali, rasa macam kejap je masa berlalu. Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Selama sebulan kita menjalani latihan kawad, akhirnya masa yang di tunggu-tunggu hampir tiba. 

Jadikan pada hari itu adalah hari yang paling bermakna dan kita sama-sama buktikan kepada ibubapa, jurulatih-jurulatih, pegawai-pegawai, OC,CI, komandan , Naib Canselor, pensyarah-pensyarah,junior-junior, YDP Agong dan kepada semua sekali, bahawa kita mampu memberikan persembahan yang paling terbaik sekali dalam sejarah UPNM. Ingat kembali saat-saat kita mengharungi latihan ketenteraan disini terutama sekali latihan kawad yang terakhir bagi kita sebagai seorang kadet. Jangan jadikan ianya sesuatu yang sia-sia dan tidak bermakna. Selepas ini tiada lagi peluang kedua atau ketiga. Kita akan abadikan detik ini hanya sekali sahaja dalam hidup kita. Dan selepas ini juga kita baru sahaja melangkahkan kaki kita yang pertama dalam kehidupan sebenar ketenteraan. 

Di saat MC melafazkan “Perbarisan Tauliah Masuk Padang”
Di saat advance call telah di bunyikan
Dan ketika hukuman “BARIS!!!! dari KIRIIIII CEPAT JALAN!!!!!!!” di laungkan 
BERMULALAH SEGALA-SEGALANYA………..

credit to : Kapt Khairul Fakhzan bin Zainol Abidin (3010906)

Sunday, September 23, 2012

::: ~ Andai Allah Telah Memilih Dirimu Untukku ~ :::

Al kisah di satu kawasan perumahan di pinggir bandar.., ada satu pasangan kekasih ni nak keluar berdating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya…, maka berlakulah dialog berikut..

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : Eh..

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya

Bapa Gadis : Oh..

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.

Teruna : Segan cik. Hehe

Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?

Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa Gadis : Boleh takde masalah

Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu

Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki

Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?

Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya

Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?

Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu Gadis : Abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot

Teruna : Kali terakhir bila?

Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm..

Ibu Gadis : Kenapa?

Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. 

Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. 

Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. 

Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. 

Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. 

Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. 

Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. 

Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. 

Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu.. 

Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. 

Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). 

Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. 

Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa Gadis : Serius lah sikit.

Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. 

Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. 

InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. 

Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. 

Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. 

Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. 

Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..


“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”

“ : )”

“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”

Sumber: Blog seindahcintaislam.blogspot.com

Sunday, September 11, 2011

Keyakinan mengatasi keraguan..rahsia di sebalik tragedi 11 Sept di dalam al-Quran..


Cerita ini teman petik dari blog YB Kulim Bandar Baharu iaitu Dato Zulkifli Nordin..semoga segala yang teman paparkan ini sedikit sebanyak menambahkan keimanan dan keyakinan kita terhadap Islam..insya-ALLAH..

Dalam keadaan keimanan makin surut, dalam suasana syariat makin kaput, dalam keadaan syiar yang kian reput, dalam keadaan umat yang makin semput, dalam keadaan agamawan yang menjadi syaitan karut; umat Islam memerlukan suntikan hidayah untuk mempertahan dan memantapkan keimanan dan keyakinan. Umat Islam perlukan mukjizat. Dan itulah yang dibuktikan oleh peristiwa 11 Sept 2001 - mukjizat Al Quran terbukti akhirnya, hidup dan relevan sepanjang zaman!

Tersebut kisah seorang kafir harbi mencabar umat Islam, khususnya para ulama dan ilmuan, "kalau benar Al Quran itu mukjizat, dan relevan sepanjang zaman, buktikan kepada aku peristiwa 11 Sept 2001 ada tercatat didalam Al Quran", bentak sikafir ini dengan penuh keyakinan. Dia cukup konfiden umat Islam akan terkedu kali ini.

Apabila menerima cabaran ini, para agamawan dan serbannawan terkedu. Mereka jadi syaitan bisu & kaku. Kata mereka, kami tak belajar ni di gedung pondok kami. Yang kami belajar kat ma'had hanyalah bahawa hukum videoklip bukan bahan bukti, sebab ia cuma besi beku. Kaum yang setelah bertahun memaki kapirkan orang lain kerana tidak menubuhkan Daulah Islamiyah, akhirnya membuang perjuangan kerana mendakwa rupenya dalam Quran takde ayat pasal negara Islam. Para agamawan menjadi kelu, dan tiada jawapan kunjung tiba dari mereka. Umat yang mengharapkan mereka akan ke saf hadapan untuk mempertahankan Islam, sangat kecewa bila mereka hanya sanggup mati untuk mempertahankan punjabi kafir harbi.

Dalam kekelaman itu, seorang hamba ALLAH yang hanya lulusan muqaddam, yang kerjanya bukan mencari syuruu duit aur makan dengan berceramah di masjid surau, yang tidak menjadikan mimbar Jumaat tempat maki hamun, menyebar fitnah dan mengadu-doomba, yang hanya takut kepada ALLAH dan menitis airmata sering teringat Rasulullah saw; dia datang mara ke saf hadapan. Membela dan mempertahankan kesucian dan kehormatan kalam ALLAH swt, menebus maruah ummah!

"Ada!!!" tegas 'Abdillah si hamba ALLAH ini. "Ada tercatat didalam Al Quran peristiwa 11.09.2001 ini!!!", ujarnya dengan penuh keimanan dan keyakinan! Si kafir harbi terkedu! "Prove it, buktikan!". Desak si kafir harbi. Maka berlakulah dialog diantara mereka;

'Abdillah: "Berapa haribulankah berlaku peristiwa ini wahai kafir harbi"

Kafir harbi: "11 haribulan"

'Abdillah: "Cuba mike buka Juz ke 11 dalam Al Quran";

Kafir harbi: sambil membuka lembaran terjemahan Al Quran, "Apa ni, Abu Teroris, hanya ada beberapa surah dalam Juz 11 ni";

'Abdillah: "Bulan berapa peristiwa itu berlaku wahai kafir?" tanya insan beriman ini tanpa mempedulikan sindiran si kafir;

Kafir harbi: "Bulan sembilan. Bulan September ikut kalendar tuhan ku" jawab si harbi dengan sinis!

'Abdillah: "Didalam Juz ke 11, ada surah yang kesembilan, cuba mike check tengok" keyakinan 'Abdillah makin terserlah;

Kafir harbi: "Apa ni, surah ke sembilan, surah At-Tawbah. Apa kena mengena 11.09 dengan bertaubat", perli sekafir harbi. Bodoh pulak si Muslim ni, kata hati sikafir!

'Abdillah: Tanpa memperdulikan perli si harbi, 'Abdillah bertanya; "Berapakah tinggi Menara Kembar WTC New York yang runtuh itu wahai kafir harbi?";

Kafir harbi: Sambil menggaru kepala yang tak gatal, "11o tingkat tuan extremis"; kata si harbi sambil menganggap ini ulama' kangkung mana nak berdebat dengan dia!

'Abdillah: "Cuba mike tengok didalam Juz ke 11 surah ke 9 itu, ada ayat 110. Cuba mike baca tengok", dengan senyum penuh keyakinan 'Abdillah menyuruh si kafir harbi membaca;

Kafir harbi: Sambil menyelak lembaran terjemahan Al Quran itu, dan dibacanya terjemahan ayat tersebut, "Keruntuhan bangunan yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh kesah dalam hati mereka, dan tidak habis (perasaan itu) kecuali bila hati mereka hancur runtuh (dalam tanah). Dan ingatlah, ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!!!" baca si harbi sambil dahi mula berpeluh;

'Abdillah: "Cuba mike baca terjemahan bahasa Inggeris pulak, kot nanti mike kata tak faham pulak kang" desak 'Abdillah kepada kafir yang malayufobia itu dengan penuh keyakinan;

Kafir harbi: sambil membuka terjemahan Inggeris, "The building which they built, will never cease to be misgivings in their hearts of hypcorisy, until their hearts are torn and cut into pieces. ALLAH is All-Knowing, All-Wise", bagai direntap-rentap jantung si harbi membaca wahyu Ilahi yang tidak ada sedikit pun keraguan padanya.

Kafir harbi: "Apa ini wahai Muslim?", hati si harbi sudah mula lembut;

'Abdillah: Mari teman ceritakan asbabul nuzul, sebab turunnya ayat ini, jelas 'Abdillah mengulangi sejarah sebagaimana Saidina Ja'far Abi Tolib At-Tayyar membacakan surah Maryam kepada Maharaja Najasyi Al-Habsyi yang menyebabkan runtun jiwa Raja Besar Nasrani itu;

"Terdapat seorang munafik di Madinah, namanya Abu Dhirrar. Dia mahu menunjukkan kepura-puraan dia menyintai Islam. Lalu dia membina sebuah masjid yang besar, lebih cantik dan hebat dari Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Quba'. Setelah masjid itu siap, yang dipanggil Masjid Ad-Dhirrar tersergam megah, lalu Abu Dhirrar meminta Nabi saw merasmikannya.

Kebetulan Nabi dalam persediaan untuk pergi ke Perang Tabuk bersama para sahabat untuk bertempur dengan Maharaja Kristian Herkules dari Rom. Jadi Rasulullah saw berkata, "nanti dalam perjalanan balik dari Perang Tabuk, insyallah aku akan singgah dan rasmikan masjid mu wahai Abu Dhirrar".


Selama Nabi saw ke Tabuk, satu perjalanan yang jauh dibawah panas terik matahari, dimana sahabat saperti Saidina Abu Bakr mendermakan seluruh hartanya fisabilillah, Abu Dhirrar sentiasa keresahan menanti Nabi saw kembali untuk merasmikan Masjidnya, supaya kemunafikan dia tidak kelihatan.


Dalam perjalanan pulang dari Tabuk, Saidina 'Umar ibnul Khattab, yang mendermakan separuh hartanya untuk membiayai peperangan tersebut bertanya kepada Rasulullah, "wahai Nabi kekasih ALLAH, mengapakah engkau mahu merasmikan masjid yang dibina oleh Abu Dhirrar, si munafik yang membinanya dengan keangkuhan dan kesombongan?". Bantah 'Umar.

"Wahai 'Umar, kita husnul zan sahabatku, kita bersangka baik sahajalah. Kan yang dibina Abu Dhirrar itu sebuah masjid", sanggah insan yang cukup mulia itu.
"Tapi ya Rasulullah, kalau engkau merasmikannya, ia hanya akan menambah kemunafikan Abu Dhirrar, dan akan diguna masjid itu sebagai sarang menyerang umat Islam pula", bantah 'Umar yang terkenal tidak pernah berkompromi dalam hal Islam, sehingga iblis dan syaitan akan lari tak mahu bertembung dengan 'Umar ditengah jalan.

"Tidak apalah 'Umar, aku akan tetap merasmikannya. Insyallah, aku berserah kepada ALLAH" kata Nabi yang pernah menyembahyangkan jenazah Abdullah Bin Ubay Bin Salul, bapak munafik Madinah. Dengan kehendak ALLAH, turunlah wahyu kepada Nabi saw, membenarkan bantahan 'Umar. Maka turunlah ayat 107-110 surah At-Tawbah yang bermaksud:

"Dan diantara orang munafik itu juga ialah orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan keselamatan umat Islam, dan menguatkan keingkaran mereka sendiri, serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam dan orang beriman, dan juga untuk dijadikan tempat intipan bagi orang yang memerangi ALLAH dan RasulNya sebelum itu, dan apabila tujuan buruk mereka itu terbongkar, mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal ALLAH menyaksikan bahawa mereka sesungguhnya berdusta.

Jangan engkau sembahyang didalam masjid ini selama-lamanya (wahai Muhammad), kerana masjid (Quba') yang engkau bina dan dirikan atas dasar taqwa dari mula ujudnya, sudah lebih sepatutnya engkau sembahyang didalamnya. Didalam masjid itu, ada orang-orang yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya, dan ALLAH mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir & batin).


Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang dididrikannya atas dasar taqwa kepada ALLAH dan (untuk mencari ) keredhaan ALLAH itu lebih baik, ataukah orang yang yang membangunkan masjid yang didirikannya ditepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya kedalam api neraka! Dan ingatlah, ALLAH tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim!!!".

Wahai kafir, sebagai hamba ALLAH yang ta'at, sebaik sahaja mendapat wahyu itu, Nabi Muhammad saw terus memerintahkan tentera Islam yang bersama Baginda di Perang Tabuk bergegas ke Masjid Ad-Dhirrar. Sesampainya tentera Islam di Masjid Ad-Dhirrar, lalu mereka meruntuhkan masjid itu dan membakar tapaknya sehingga sebutir kesan pun tidak ada yang ditinggalkan!".

'Abdillah: jadi kamu lihat wahai ahli kitab, peristiwa keruntuhan Menara Kembar WTC 110 tingkat itu pada 11.09 itu sebenanya telah ALLAH ceritakan didalam Al Quran didalam Juz ke 11, surah ke 9, ayat 110!

'Abdillah: "Dan kamu belum yakin lagi dengan mu'jizat Al Quran wahai ahli kitab?", tanya hamba muttaqin ini kepada kafir yang sudah runtuh benteng kekafirannya!

Kafir harbi: "Ada apa lagi wahai Muslim?", lembut tapi sayu dan sedih bunyi suara si kafir tegar itu.

'Abdillah: "Adakah kamu tahu, huruf 'mim' dalam perkataan "hakim" di akhir ayat 110 Surah At-Tawbah itu adalah huruf ke 2001 dalam surah tersebut!!!

Subhanallah, masya ALLAH wahai Muslim.

Aku kini percaya dan yakin dengan kebenaran dan mukjizat Al Quran:

Asy hadu alla ila ha illallah, wa asy hadu anna Muhamaddar rosulullah!!!

Aku naik saksi, tidak ada tuhan melainkan ALLAH Yang Esa, dan aku naik saksi Muhammad itu pesuruh ALLAH!


Maka berimanlah si kafir harbi yang tegar itu! Menjadi seorang Muslim yang yang sejati!

I'tibar: wahai saudara Muslim ku yang beriman, yakin dan percayalah kita dipihak yang benar, ALLAH Yang Maha Esa itu benar, Nabi Muhammad saw itu benar, Al Quran itu benar, mati itu benar, alam barzakh itu benar, Akhirat itu benar, dan Syurga-Neraka itu benar. ALLAH akan membantu kita bila kita membantu agama ALLAH, dan ALLAH akan letakkan kafir kebawah tapak kaki kita - tetapi kita perlu yakin, percaya dan istiqomah dengan lafaz:


Tidak ada tuhan melainkan ALLAH Yang Satu, dan kita ikhlas beragama Islam kerana ALLAH (dan bukan kerana parti, individu, kerusi, habuan, kedudukan, jawatan dan lain-lain)!

*Nota: segala rujukan kepada Al Quran, Hadis & sirah diatas diperolehi daripada sumber rujukan yang sahih dan dipercayai benar. Sekiranya terdapat mana-mana kesilapan atau kesalahan, ianya adalah kelemahan teman sendiri dan diharap dapat diperbetulkan. Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu semuanya adalah kelemahan teman sendiri. Wallahua'lam.

Thursday, August 4, 2011

Bunyinya macam lucah..tapi inilah realiti dan cabaran masa kini..


Bermula dengan sekadar mengurat

Lalu bertemu di satu tempat

Maka tangan pula mula melarat

Lawan peluk tak kurang hebat


Bila peluk sama rapat

Nafas pun tersekat-sekat

Baju sendat turut terangkat

Gunung berluruh turut dipanjat


Tinggi rendah bacaan disukat

Jarum meter berpusing ligat

Lubang kosong mula tersumbat

Habis longgar dulunya ketat


Ular sakti menikam tepat

Bisa terpancut kononnya ubat

Ubat cinta tak pernah tergugat

Tak pernah terfikir kesan akibat


Lekat la "cop" merata tempat

lupa lah ALLAH dan PARA MALAIKAT

iblis gembira melompat-lompat

maka lahir la anak tak cukup sifat

9 bulan perut sarat

Dulu kosong sekarang berat

Bila ditanya kata terjerat

Time terkangkang kononnya nikmat


Cepatlah abg cepatlah cepat

Fikir dunia tak ingat akhirat

Dapat baby di buang merempat

Masalah selesai kononnya selamat


Segala amalan dihitung dicatat

Tunggulah masa tunggulah saat

Di akhirat kelak hang takkan selamat

Melain cepat memohon taubat


Ingatlah wahai sahabat sebagai nasihat

Sesungguhnya dunia tunggu masa untuk kiamat

Beringatla wahai umat

Dunia ini hanya sementara tempat berehat


Hanya akhirat yang kekal abadi

Jangan terlalu mengejar duniawi

Ingatlah bahawa smua itu tak boleh dibawa mati

Kelak nanti engkau yang rugi