Monday, April 11, 2011

Kejayaan atau Kegagalan Peperiksaan Akhir Semester di tangan ANDA!!!!!

Minggu peperiksaan sudah hampir tiba di UPNM..Di sini Teman nak kongsi sikit apa yang Teman buat dulu masa Teman masih student.. Harap2 dapat membantu adik2 teman kat UPNM untuk berjaya..




Perkara yang Teman lakukan untuk menghadapi FINAL EXAM..

1. Berdoa dan solat.

Benda ni mmg teman amalkan sejak Form 4.. Teman akui memang waktu exam ni memang masjid akan penuh.. Masa ni memang sume orang mintak tolong pada Allah Yang ESA.

P/S:Time mcm ni mmg masjid jadi classroom..time2 mcm ni ramai yang baca Quran, solat hajat, berdoa dan macam2 lagi..Teman rasa bangga bila tengok masih ramai percaya pada kekuasaan dan meminta pertolongan Allah Yang ESA. Tapi Teman betul-betul berharap benda ni menjadi istiqamah bukan waktu nak exam jer tapi dalam kehidupan seharian.


2. Meminta restu MAK, AYAH dan Para Pensyarah.

Teman ni nakal dulu. Tapi satu kejadian yang menimpa Teman hasil dari doa MAK Teman buatkan Teman percaya akan restu dari orang tua tu penting.. Kan diorg yang lahir dan besarkan kita sudah tentu diorang berHAK ke atas diri kita. Pensyarah pulak bekalkan ilmu kat kita. So, kena la mintak restu mereka.

P/S:Teman xleh bg tau apa benda yang jadi kat Teman..MALU!!!!!! Hahaha..





3. Berusaha bermati-matian.

Teman punya Final Paper dari UTM..So, susahnya tahap Gaban. Jadi apa yang Teman buat Teman akan start buat revision sebulan awal..Pastu tiap2 hari taman akan start study selepas Suboh sampai malam di selang seli dengan aktiviti tengok movie, main bola, solat, makan, tido dan macam2 lg(konon2 nk lepaskan tension)..

P/S:Teman x leh study sampai lewat malam atau sampai pagi sbb otak Teman xleh terima..Kalo subjek yang libatkan teman kena kira2, Teman akan fahamkan konsep dan cube buat soalan2 past year. Teman xrisau sbb Teman dh prepare sebulan awal..bukan mcm mekeme2 yg suka wat preparation last minute..


4. Kerap jumpa pensyarah untuk berbincang dan bertanya soalan yang tidak faham.

Teman jugak time ni la nak rapat2 dgn Pensyarah..hehehe..bukan bodek tapi time ni la nak bermesra..hahaha..so, teman dapatlah hint sikit2..

P/S:Teman ni dulu pensyarah ramai yang admire..Pemimpin pelajar la katakan..gaya Teman cakap pun nmpk macam educated..hahaha..ramai kengkawan Teman cemburu dengan Teman sebab mulut manis. Kata mereka, Teman minta apa sume dapat. Tapi teman xkisah. Untuk teman pensyarah Teman semua bijak2 untuk menilai student dia ni sama ada baik atau kaki ampu..Betol x?????


5. Study sorang2.

Teman bukan sombong..Cume teman ni xberapa nak seronok bila belajar ramai2..Dari belajar nanti mula la start sembang2 kosong..Dahtu bukak lagu kuat2..Sakit jiwa Teman..

P/S: Sori ye kengkawan.. Teman bukan sombong tapi itulah diri Teman.. Xleh nak ubah sampai arini..Teman biasanya study kat library atau masjid..Mmg tenang..


Perkara yang Teman tak lakukan untuk menghadapi FINAL EXAM..

1. Jaga pandangan..Tak tengok menda bukan2(Faham2 je la)..


Imam Shafie pun lupa ilmu dia bila dia TERnampak aurat pompuan..Itu Imam Shafie, apatah lagiu kita ni jauh benor beza dari dia..Benda2 ni sebenarnya menyebabkan daya ingatan kita lemah..Temporary memory kita ni jadi jammed..

P/S:Teman mmg xsuka tgk bnda2 tu..cume kdg2 Teman lalai dan lagha..Teman ni manusia jugak..tak lari dari kesilapan..yang penting sesame kita kena saling ingat-mengingati la er..

2. Jaga mulut..kalo laser sangat mmg cpt la lupa..kalo mengutuk pon sama..jangan bercakap perkara yang sia2..

Teman ni mmg suka berdebat(may b ada yang sakit ati)..tapi bila nak exam teman lagi suka diam..malas nak bergado..teman ni manusia,, kadang-kadang terkutuk jugak orang tertentu.. bila dah start kutuk(lebih2 lagi kutuk pensyarah) tu mula la perkataan yang xbrape sesuai keluar..tu la kelemahan teman..

P/S:ni jugak salah satu alasan teman mengasingkan diri ketika belajar..mulut ni susah nak control..


Perkara yang Teman selalu ingat untuk menghadapi FINAL EXAM..

1. Selalu bayangkan muka MAK dan AYAH Teman.

Teman sayang mak ayah teman..Teman dah terlalu banyak terhutang dengan mereka..Teman jugak tahu diorg letakkan harapan yang tinggi kat Teman..Teman xtak diorg kecewa..So,,bila bayangakn muka diorg, teman jadi lebih semangat untuk berjaya.




2. Fikir tentang diri sendiri dan masa depan.

Teman selaku pemimpin mesti la kena tunjuk contoh dan tauladan yang baik untuk semua orang..kalo teman pun dapat result teruk, macam mana nk jadi pemimpin dan contoh..teman tak nak malukan diri teman sendiri dan tak nak gadaikan masa depan teman..kalau la teman gagal tamatkan pengajian,,malu teman nak balik kampong..




3. Ingat apa yang OC teman Mejar Zulmadi bin Ariffin selalu pesan.

Kata beliau, “Integriti seorang Pegawai Kadet tidak boleh dipersoalkan”..teman bukan apa..teman segan dengan Mejar Zulmadi..Dia mmg seorang yang baik sgt..kalo la teman kantoi meniru, malu beb dengan dia..dia pon mesti la kecewa dengan teman..dia amik berat pasal teman tau..hehehe..telinga kami sama..hahaha..(melawok jer)

P/S:Teman sayang kat adik2 teman kat UPNM ni..Ni je la yang teman mampu buat untuk membantu mereka..Selebihnya bergantung pada diri mereka..Diorg xtau teman gembira bila diorg semua excellent..hahaha..Teman berharap sangat agar mereka semua berjaya terutama sekali Kausar yang menggantikan teman sebagai Pemimpin di sana..Akhir kata,,sekali lagi teman nak ucapkan selamat berjaya kepada semua dan janganlah meniru..Ingat kata2 Mejar Zulmadi “INTEGRITI SEORANG PEGAWAI KADET TIDAK BOLEH DIPERSOALKAN” bertepatan dengan Motto UPNM iaitu DUTY, HONOUR & INTEGRTI..

JAUHI TOYOL!!!!!!!

T-TOLONG
O-ORANG
Y-YANG
O-OTAK
L-LEMAH

Sunday, April 10, 2011

Luahan hati RSM(Rejimen Sarjan Mejar)..


• Rajin Bercakap Rajin Bekerja.
 Seorang yang bagus.

• Malas Bekerja Malas Bercakap.
 Selalu kena buli.

• Malas Bekerja Rajin Bercakap.
 Wayang Cina.

• Rajin Bekerja Malas Bercakap.
 Tak guna.

• Malas Bekerja Selalu Mengadu.
 Nyamuk.

• Malas Bekerja Selalu Ponteng.
 Lebih baik berhenti.

• Malas Bekerja Suka Termenung.
 Lebih baik mati.


P/S : Hurm..makin lama berkhidmat makin banyak pengalaman..macam Teman ni x sampai setahun lagipon berkhidmat..banyak lagi pengalaman yang Teman nak kena timba..Harap2 smooth jer perjalanan Teman dalam menempuhi dunia pekerjaan.. Serangkap pantun dari Teman :

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkkan,
Teman budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


Adioss..

Gambar di sebelah kanan merupakan Jurulatih saya di UPNM, PW 1 Hayazi Abd Aziz..Tapi ini bukan luahan hati beliau yer..

Smart Weapon BGM-109 Tomahawk

Tomahawk yang dilancarkan dari kapal selam untuk melumpuhkan sistem pertahanan udara Libya.

  1. Pencabulan ke atas Libya oleh tentera Amerika Syarikat bersama-sama sekutunya Britain membuatkan isu senjata pintar @ Smart Weapon jenis BGM-109 Tomahawk menjadi buah mulut di kalangangan mereka yang meminati industri atau perkembangan pertahananan. Teman juga tidak terlepas dari mendapat maklumat dari pensyarah teman yang telah berkhidmat dalam TUDM selama lebih 20 tahun.
  2. Di sini teman akan cuba kongsi apa yang teman tahu mengenai senjata pintar @ Smart Weapon BGM-109 Tomahawk. Apa yang teman tahu, Smart Weapon dilengkapi dengan Global Positioning System (GPS) yang berperanan mamacu atau menunjukkan sasaran. Dengan adanya system GPS ini, arah sasaran boleh diubah walaupun BGM-109 Tomahawk telah dilancarkan.
  3. Teman juga lihat tujuan BGM-109 Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran untuk melumpuhkan sistem pertahanan udara Libya yang menyebabkan Air Defence dan Air Traffic Libya gagal berfungsi untuk mengesan dan menangkis serangan tentera-tentera bersekutu.
  4. Penghasilan 1 unit BGM-109 Tomahawk memakan kos secara kasar $736000 USD ataulebih kurang RM 2.35 juta. Itu baru satu unit tapi yang digunakan di Libya adalah sebanyak 112 unit. Fuhhhh!!!Betapa mahalnya kos untuk memiliki dan mengendalikan tomahawk ni. Sejauh manakah negara-negara membangun mampu memiliki Smart Weapon jenis BGM-109 Tomahawk

P/s : Malaysia juga tak kurang hebatnya. Kita juga memiliki sejenis Smart Weapon jenis Harpoon. Smart Weapon ini merupakan Air to Ground Missile (AGM) yang bernilai $ $474,609 USD atau RM 1.53 juta. Tambahan pula, kita juga bakal memiliki pesawat pejuang baru iaitu F/A-18 Hornet E/F. Makin cemburulah’JIRAN’ kita di selatan Tanah Air. Kita lihat apa yang mereka akan beli.


Monday, June 21, 2010

300 remaja melayu salah laku seksual, seks bebas..ape jadahnya nak jadi anak bangsa kita..




Pengaruh rakan sebaya punca utama gejala: Kajian UPM

KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.

Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.

Beliau yang memfokus kepada pembinaan modal insan, pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah dalam bidang tugasannya berkata, penggunaan bahasa serta isyarat lucah dalam komunikasi dan pergaulan harian bersama rakan sebaya pada usia begitu mentah juga menjadi amalan mereka.

“Lebih menyedihkan apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah ‘buat selagi tidak mengandung’. Mereka langsung tidak mementingkan soal dosa seolah-olah agenda ketuhanan tiada dalam hidup.

“Ada responden yang menjawab mereka tahu perbuatan itu berdosa tetapi berkata ‘enjoy dulu, nanti taubatlah’. Ini bermakna remaja berkenaan ada pengetahuan dan kesedaran agama, tetapi ia tidak menyentuh jiwa mereka.

“Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya kepada Berita Harian.

Mohammad Shatar berkata, kajian membabitkan jumlah seimbang dari segi responden lelaki dan perempuan itu dilakukan sebagai projek tahun akhir pelajarnya dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah laku seksual daripada peringkat ‘ringan-ringan’ seperti meraba, bercium dan berpeluk hingga peringkat kes berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin.

Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati ada beberapa faktor yang umpama ‘mencurah minyak ke dalam api’ yang menambah kepada gejala itu, termasuk kebebasan dan kepercayaan terlalu tinggi diberikan oleh ibu bapa kepada anak.

“Memang amat penting untuk memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak, tetapi itu bukanlah jaminan kerana ia mesti dilengkapi pengawasan berterusan daripada ibu bapa. Jangan terlalu bersangka baik atau menjadikan penampilan luaran anak seperti dari segi cara berpakaian dan tingkah laku sebagai ukuran mutlak bahawa mereka selamat atau terhindar daripada pengaruh gejala seks ini.

“Pengaruh luar amat berkuasa terhadap remaja, lazimnya bukan daripada keluarga sendiri. Justeru, ibu bapa tetap perlu berhati-hati dengan menyimpan 50 peratus ketidakpercayaan terhadap anak, termasuk membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.

“Selain itu, disyorkan ibu dan bapa melakukan ‘pemeriksaan fizikal’ yang sewajarnya dan secara berhemah terhadap anak perempuan dan juga anak lelaki dari semasa ke semasa demi memastikan mereka tidak menyembunyikan sebarang ‘tanda’ berkaitan.

“Dalam konteks ini, jangan mudah terpedaya dengan ideologi kebebasan peribadi dari Barat kerana ada ibu bapa harus mengetepikan elemen privasi demi menyelamatkan anak selagi tindakan yang diambil tidak melampaui batasan,” katanya.

Sumber : Berita Harian pada 20/06/2010

Sunday, June 20, 2010

alang-alang menyeluk pekasam.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..mungkin ramai yang tertanya-tanya ke mana hilangnya blog saya yang lama..saya pun x tau kemana perginya blog tersebut..Mungkin kerana beberapa penulisan saya yang menghentam beberapa individu MUNGKIN menyebabkan blog saya telah diarahkan untuk disabotaj oleh individu tertentu...

Kini saya kembali dengan lebih bersemangat untuk berkongsi beberapa pendapat dan pandangan..Kepada mereka yang masih bersemangat untuk mensabotaj,menjatuh dan menghancurkan karier saya, ape yang saya dapat katakan adalah keep it up..I will fight until my last blood..

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..
Salam perjuangan..

ALIFF BIN LATIP